Tuesday, May 11, 2010
Paramotor Fun Fly Putra Jaya 2010

Paramotor Fun Fly Putra Jaya akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 15 – 16hb Mei 2010
Tempat : Putra jaya
Masa : 0800 – 1830
Semua juruterbang Paramotor di Malaysia adalah dijemput untuk menyertai acara tersebut bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010
Semasa acara tersebut, satu sessi pendaftaran keahlian Persatuan Luncur Udara Bermotor Malaysia juga akan diadakan. Semua Juruterbang adalah dialu-alukan untuk menyertai persatuan ini. Bayaran Pendafataran sebanyak RM 200 akan dikenakan pada setiap ahli baru dan satu overall khas akan diberikan kepada setiap ahli yang berdaftar.
Semasa acara tersebut juga, satu sessi seminar akan diadakan dan kertas seminar akan dibentangkan oleh Pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dari Bhg Kawalan Trafik Udara dan Bhg Operasi Penerbangan.
Ambillah peluang ini untuk menjawab segala persoalan yang bermain difikiran anda berhubung Paramotor ini.
Saya amat mengharapkan sokongan dari semua Juruterbang bagi menjayakan seminar ini dan akan menjadikan penerbangan Paramotor amat menarik dan selamat.
Aturcara adalah seperti berikut:
PARAMOTOR FUN FLY PUTRA JAYA
SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN 2010
ATURCARA
HARI PERTAMA – 15 Mei 2010
0700 - 0800 Pendaftaran Peserta dan Pendaftaran Keahlian Baru MPA
0800 - 0830 Taklimat Keselamatan dan Acara
0830 - 0845 Persediaan Penerbangan
0845 - 0945 Penerbangan ke Tapak Futsal bagi meraikan
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
0945 - 1300 Fun Fly Putra Jaya
1300 - 1400 Makan Tengahari
1400 – 1600 Seminar Peraturan Undang-undang dan Keselamatan Paramotor
Pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Bhg Kawalan Trafik
Udara dan Bhg Operasi Penerbangan
1600-1630 Persediaan Penerbangan
1630 – 1730 Penerbangan dari PICC ke Bangunan Mahkamah bagi mengiringi
YAB Perdana Menteri Malaysia
1730 – 1830 Fun Fly Putra Jaya
HARI KEDUA – 16 Mei 2010
0700 – 0800 Pengesahan Peserta dan Pendaftaran Keahlian Baru MPA
0800 – 1830 Fun Fly Putra Jaya
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kepada
ROHAIZI MD HUSSIN (012-2677087 ATAU O13-9348282)
Protem Presiden MPA
Sekian. Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)